Collagen Plus Powder (15 sachet / 15 hidangan)
Kod Produk: 11024
Saranan penggunaan:
Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 sachet serbuk 5g sekali sehari bersama makanan dengan mencampurkan ke dalam makanan atau minuman kegemaran anda.
SERI KECANTIKAN
KEKAL BERSERI DARI DALAM KE LUAR.
Kembalikan keremajaan kulit anda dengan Shaklee Collagen Plus Powder. Formula proprietari kolagen yang mengandungi 4,000 mg proprietari Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil lebih muda dan kekal jelita.*
KOLAGEN
KOLAGEN BERTINDAK SEPERTI “GAM” UNTUK MEMEGANG TUBUH. DITEMUI DALAM OTOT, TULANG, TENDON DAN PALING BANYAK, DALAM KULIT KITA. DIKENALI KERANA MANFAATNYA KEPADA KESIHATAN KULIT, KOLAGEN:
- Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit dengan mengurangkan garis halus dan kedutan.
- Mengecilkan liang pori dan meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit.
- Melembapkan dan membekalkan nutrien kepada kulit dari dalam supaya lebih cerah, berseri.
- Meningkatkan kesihatan rambut.
- Membantu menegangkan kulit kendur untuk bentuk badan yang lebih menarik dan kelihatan lebih sihat.
TAHUKAH ANDA?
Tekanan, pendedahan kepada cahaya matahari dan merokok boleh mempercepat kerosakan kolagen, mengakibatkan kulit kendur serta berkedut, kuku rapuh, dan rambut kering.
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.
Keistimewaan Shaklee
Sumber Berkualiti Tinggi:
Pemilihan kolagen Shaklee, diekstrak dari Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) kerana keupayaannya untuk bertahan pada tekanan yang tinggi di bawah air, menjadikannya kolagen yang tahan lasak dan sumber kolagen yang berkualiti tinggi.
Penyerapan yang Lebih Baik:
Shaklee Collagen Plus Powder mengandungi berat molekul kolagen yang sangat rendah pada kira-kira 1,000 Dalton yang mudah diserap oleh badan untuk meningkatkan penghasilan kolagen pada lapisan dermis dengan cekap.
Bahan-bahan yang diperkaya:
Ditambah dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas dan Vitamin B2 serta B6 menyokong metabolisme tenaga, yang penting untuk penghasilan kolagen dalam sel.
Mudah dalam pek:
Bungkusan individu untuk penggunaan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.
Nutritional Facts
Bahan Aktif | Jumlah Setiap Sachet |
---|---|
Peptida Kolagen | 4,000.00 mg |
Vitamin C | 10.00 mg |
Vitamin B2 | 0.10 mg |
Vitamin B6 | 0.10 mg |
KKLIU 2144/2019 - Sah sehingga 31 Dis 2021